Monday, January 14, 2008

2- Hijrah Ke Arah Kebaikan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين وبعد .

فنحن في هذه الأيام نسمع كثيرا هذه العبارة : كل عام وأنتم بخير . فأجاب السامع : وأنتم بألف خير ... نرددها في مناسبات شتى ونرددها في هذه الفترة لمناسبة قدوم العام الهجري الجديد ، عام 1429هـ. قد توفي الرسول صلى الله عليه وسلم أكثر من أربعة عشر قرنا ولم يزل الدين الذي جاء به قائما على الحق مع ما أصاب أمته صلى الله عليه وسلم من المصائب والأزمات .

وبمناسبة هذا العام الجديد فلنلتفت أنظارنا إلى حديث المصطفى صلى الله عليه وسلم ، فقد روى عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ .

هذا الحديث أخرجه الإمام البخاري في صحيحه ، والنسائي في سننه ، والإمام أحمد في مسنده. فهو كما قال ابن حجر من أفراد البخاري عن مسلم أي أخرجه البخاري ولم يخرجه مسلم . فهو مع قلة ألفاظه يشتمل على معانٍ كثيرة وعبر العلماء عنه بجوامع الكلم .

أرشدنا الرسول صلى الله عليه وسلم بأن المسلم الكامل في الإسلام هو الذي لا يؤذي أحدا بوجه من الوجوه لا باليد ولا باللسان مع مراعاة باقي الأركان ، والمهاجر الحقيقي هو الذي ترك ما تدعو إليه النفس الأمارة بالسوء والشيطان . فالحديث يشتمل على أمرين مهمين ، الأول : بيان علاقة الإنسان مع الآخرين ، والثاني : بيان علاقة الإنسان مع خالقه عز وجل . وهذا هو الأساس المتين كما قال الله تعالى

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ

( سورة آل عمران : 112 )

بدأ الحديث بتذكير المسلم عن أهمية حسن معاملة الآخرين خاصة إن كانوا مسلمين ، فالناس حقيقة من أب واحد هو آدم عليه السلام وأم واحدة هي حواء ، فلا يؤذي بعضهم بعضا . وهنا إشارة جميلة إلى الحث على حسن معاملة العبد مع ربه لأنه إذا أحسن معاملة إخوانه فأولى أن يحسن معاملة ربه.

أما قول النبي صلى الله عليه وسلم : المسلم من سلم المسلمون ... فالمراد عام يشمل المسلم وغير المسلم كما نبهه الحافظ ابن حجر ، فذكر المسلمين هنا خرج مخرج الغالب لأن محافظة المسلم على كف الأذى عن أخيه المسلم أشد تاكيدا ، فينبغي على المسلم أن لا يؤذي أخاه المسلم كما ينبغي عليه أن لا يؤذي أحدا من غير المسلم. وكذلك الإتيان بجمع التذكير ليس للتخصيص بل للتغليب ، فلا يؤذي المسلمة كما لا يؤذي المسلم .وهناك نكتة جميلة في ذكر اللسان واليد دون سائر الأعضاء مع إمكان وقوع الأذى من غيرهما لأن اللسان هو المعبر عما في النفس ، وأكثر الأفعال يحصل باليد . فاللسان واليد هما علامتان لبقية الجوارح .

أما الشطر الثاني فقد أخبرنا الرسول صلى الله عليه وسلم بأن المهاجر الحقيقي هو الذي يترك جميع المنهيات التي نهى الله عنها فهو شبيه بقول النبي صلى الله عليه وسلم : فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَدَعُوهُ (صحيح مسلم ) . فهذا هو علاقة بين العبد وبين خالقه أي امتثال الأوامر واجتناب النواهي . وهنا نبّه على اجتناب النواهي ويشمل امتثال الأوامر لأنه لا يتصور اجتناب النواهي دون امتثال الأوامر وكذلك العكس .

والهجرة على قسمين : هجرة ظاهرة وهجرة باطنة . فالهجرة الظاهرة هي الانتقال من دار الكفر إلى دار الإسلام أو من دار الفتن إلى دار الأمن . وأفضل الهجرة الظاهرة هي الهجرة من مكة إلى ألمدينة ، وبعد فتح مكة انقطعت هذه الهجرة لأن مكة أصبحت دار الإسلام . ويحتمل أن يقول الرسول صلى الله عليه وسلم هذا الحديث بعد فتح مكة تطييبا لقلوب من لا يدرك الهجرة فبيّن لهم أن الهجرة الباطنة باقية إلى يوم القيامة هي الهجرة من المعاصي الى الطاعات ، ومن سوء الأخلاق إلى حسنها ، ومن منهيات الله إلى أوامره .

Wednesday, January 9, 2008

1- Kepentingan Ikhlas Dalam Amalan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وأصحابه وإخوانه أجمعين

عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( إنما الأعمال بالنية ، وإنما لامرئ ما نوى ، فمن كانت هجرنه إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة يتزوجها فهجرته إلى ما هاجر إليه ) – رواه الشيخان وغيرهما



Daripada Umar ibn Al-Khattab RA katanya : Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya amal perbuatan itu (dinilai) dengan niat, dan sesungguhnya untup seseorang apa yang dia niatkan, maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasulnya, dan sesiapa yang hijrahnya untuk mendapatkan bahagian dunia atau perempuan untuk dikahwininya maka hijrahnya adalah kepada apa (yang diinginkannya) dia berhijrah kepadanya.

Riwayat : Imam al-Bukhari, Imam Muslim dll.

Penerangan Ringkas:
Hadith ini merupakan salah satu hadith yang menjadi asas dalam agama Islam. Majoriti
perawi dan pengumpul Hadith tidak mengabaikan hadith ini di dalam kitab-kitab mereka. Bahkan sebahagian daripada mereka meletakkan hadith ini di permulaan buku mereka. Ini menunjukkan kepentingan kandungan hadith ini di dalam urusan agama.

Secara umumnya perbincangan utama hadith ini adalah berkaitan kepentingan ikhlas dalam perbuatan. Ikhlas adalah membuat atau meninggalkan sesuatu kerana Allah Taala, bukan kerana makhluqnya. Ikhlas diterangkan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya mengenai Ihsan : kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatnya, jika (sememangnya) kamu tidak melihatNya Dia melihat kamu.

Sebagai seorang hamba yang diciptakan oleh Allah untuk mengabdikan hidup kepadaNya dan akan kembali kepadaNya, manusia seharusnya sentiasa merenung diri dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Apakah tujuan kehidupan ini? Mungkin soalan ini yang paling banyak ditanya oleh manusia kepada dirinya sendiri. Dalam perjalanan mencari jawapan kepada soalan ini lahirlah pelbagai agama, mazhab, falsafah dan lain-lain. Tuhan Yang Maha Adil tidak membiarkan manusia tercari-cari tanpa jawapan. Pengutusan Utusan dari semasa ke samasa sehingga Utusan Terakhir menjadi jawapan kepada persoalan tersebut. Namun bukan semua manusia bersedia menerima jawapan tersebut dan meneruskan pencarian yang tiada penghujung (tanpa bimbingan Utusan).

Secara jujur pasti soalan berkaitan Ketuhanan tidak mampu difikirkan oleh akal. Sesuatu yang tiada sempadan dan di luar kemampuan. Oleh itu beriman kepada Utusan Tuhan (Rasulullah) merupakan jalan terbaik selepas melihat kepada intipati ajaran tersebut.Intipati ajaran Islam adalah beriman kepada Tuhan Yang Satu. Hanya Satu Kuasa Esa (Tunggal) yang berkuasa di atas segalanya. Kita dicipta oleh Tuhan yang sama. Oleh itu menjadi satu kewajipan segala perbuatan kita adalah untuk Tuhan.

Di antara perbincangan meluas para ilmuan Islam dalam masalah ini adalah fitrah manusia. Sebagai manusia yang mempunyai pelbagai keperluan dan kehendak pasti untuk satu perbutan terdapat pelbagai tujuan. Contoh yang paling mudah adalah seorang guru yang mengajar ilmu agama dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan pada masa yang sama sebagai punca pendapatan. Kekadang suara hatinya membisikkan akan kehebatan dirinya menguasai ilmu agama dan dia lebih daripada anak muridnya. Menjawab persoalan ini kita perlu melihat apakah tujuan utama guru tersebut mengajar. Jika tujuan utamanya untuk mendapatkan keredhaan Allah, maka punca pendapatannya adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Dia tidak perlu menghiraukan bisikan hatinya (akan kehebatan dirinya) kerana itu adalah perbuatan Syaitan yang tidak sesekali lalai menggoda manusia, sebaliknya beristighfar dan memohon perlindungan dari Allah. In Sya Allah beliau tergolong dalam golongan yang ikhlas.

Namun jika sememangnya tujuan utama guru berkenaan untuk mendapatkan kekayaan di dunia ini(yang sangat kecil sebenarnya, bahkan tidak bernilai selepas kematiannya ) , beliau mungkin akan memperolehi kekayaan tersebut dengan izin Allah, tetapi terlepas ganjaran yang lebih besar di sisi Allah.

Lebih malang kalau tujuan utamanya untuk menunjukkan kehebatan dirinya, maka dia telah melakukan satu kesilapan terbesar dalam hidupnya : mengubah pahala kepada dosa.

Tuesday, January 8, 2008

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam...
Selawat dan Salam ke atas Rasul tercinta...

Dengan kemudahan yang sebegini rupa di dunia kita pada hari ini, kita terkadang lalai dari tugasan kita menjadi 'muballigh'... Kita melihat, mendengar, memerhati , menunggu dan terus menunggu... Mengharapkan esok yang lebih baik daripada hari ini... dan lusa yang lebih baik daripada esok... Namun pada masa yang sama dunia terus berputar dengan pantas... pantas dan bertambah pantas... Apa yang hanya kita impikan dan khayalkan beberapa tahun yang lepas kini bukan lagi khayalan, bahkan realiti yang ada di hadapan mata...

Ketika menjadi penuntut di Universiti Islam Madinah sedekat yang lepas, penulis pernah 'bermimpi' untuk memiliki perpustakaan (khususnya dalam bidang agama) dalam PC. Kini mimpi itu bukan lagi mimpi... Para 'asatizah' umumnya mengentahui adanya Al-Maktabah Al-Syamilah yang mengumpulkan ribuan kitab agama secara PERCUMA... Bayangkan bagaimana para ilmuan menghabiskan masa mereka menulis kemudian menyebarkannya secara percuma... Ianya mungki fantasi sahaja satu masa dahulu tetapi kini ianya adalah realiti...

Penulis pernah bercita-cita untuk mengumpulkan koleksi Hadith sendiri sebagai sumbangan kecil dalam masyarakat... Namun sikap bertangguh membuatkan cita-cita terus menjadi angan.. Menyedari masa yang terus berjalan penulis mengambil inisiatif awal walaupun menyedari halangan yang bakal muncul... Mana mungkin tiada halangan dalam hidup kita, tetapi tak salah kalau halangan diubah menjadi peluang...

Penulis akan berusaha mencapai tujuan SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT, dengan harapan ini bukan angan-angan bahkan kesungguhan serta usaha selepas doa...

Semoga Allah mengizinkan penulis melakukannya...